Jangan Percaya

Jangan percaya pada hati
Kerana hati sering keliru
Jangan percaya pada nafsu
Kerana nafsu selalu terburu-buru
Jangan percaya pada akal
Kerana akal kadangkala tertipu
Jangan percaya pada syaitan
Kerana syaitan suka menipu

Jangan percaya pada dunia
Kerna dunia suka bergurau senda
Jangan percaya pada harta
Kerana harta itu binatang berbisa

Lidah manusia tidak bertulang
Mata manusia diliputi hijab
Akal manusia sangat terbatas
Janji manusia sekadar pelepas
Nafsu manusia yang suka melampias
Akhirnye diri yang terbabas

Percayalah pada janji ALLAH
Yakinlah pada kata-kata Rasulullah
Berpegang teguhlah dengan Kitab Allah
Berimanlah dengan malaikat yang amanah
Redhlah dengan qadak dan Qadar Allah
Kiamat itu pasti
Jahanam atau Jannah




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS