Hati tetap sama

 assalamualaikumm..hye korang semua..tengah buat apa tu..oklah, malas nak karang panjang-panjang..straight to  the point...jom layan artikel ni...hheheh666~


Kadangkala kita mengidamkan sesuatu berlaku, tetapi yang lain pula yang terjadi. Sebaliknya, ada yang kita tidak inginkan sama sekali, tetapi itu pula yang berlaku. Apabila berlaku demikian hati kita pasti terusik. Sesal, kesal, marah dan kekadang sangat kecewa.  Jadi bagaimana kita harus menghadapi situasi sedemikian dengan sebaik-baiknya?

Pertama, kita perlu faham bahawa hidup ini ada peraturannya. Salah satu peraturannya ialah apa yang kita hendak tidak semuanya akan dapat dicapai. Inilah 'rules of life" – sunnahtullah. Siapa yang tidak mahu menerima hakikat ini... maka tidak layaklah dia hidup. Misalnya, kalau kita main bola, kena gunakan kaki. Tidak boleh gunakan tangan. Siapa yang hendak gunakan tangan juga, maka dia tidak layak bermain bola.

Begitulah juga dengan hidup ini. Hidup ini satu ujian. Tidak semua yang kita idamkan dapat dikecapi. Yang kaya, kadangkala tidak sihat. Yang ternama, dimusuhi orang. Yang sihat, terputus pula kasih-sayang. Inilah buktinya kita masih dan terus kekal sebagai hamba Allah. Hamba dicorakkan oleh Tuhan-nya. Justeru, kita tidak boleh memberontak, kenapa jadi begini? Kenapa gagal?

Jika itulah yang selalu bermain-main di dalam fikiran, itu petanda tidak puas hati. Suara berontak jiwa terhadap ketentuan Allah. Sedarlah bahawa kita hamba maka buatlah kerja kita sebagai hamba. Tuhan dengan ketentuan-Nya. Jadi, apabila diuji... katalah aku ini hamba Allah. Layaklah aku diperlakukan seperti hamba... Terusik hati itu biasalah, kita lemah. Merintih juga hati di dalam. Tetapi jangan sampai marah-marah, putus asa dan kecewa.

Apa yang Allah tentukan kadangkala kelihatan negatif pada kita, tetapi lama kelamaan kelihatan positif pula... Itulah yang dikatakan tadi, apa yang kita sangka buruk kadangkala baik untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Katalah, kita ingin berjaya, tiba-tiba gagal. Bukan tidak berusaha... Kita sudahpun berusaha, tapi gagal juga. Apa perlu dibuat lagi?

Sebaiknya kita terima kegagalan itu, kita kaji sebabnya, kemudian kita berusaha lagi. Rupanya dengan sebab itu, Allah beri kita kejayaan yang lebih besar lagi. Contohnya, dalam perniagaan. Kita ingin keuntungan besar, tetapi yang kita dapat hanya sedikit....

Namun, kerana kegagalan itu kita berusaha lebih gigih... akhirnya beberapa tahun kemudian keuntungan kita meningkat. Sedangkan ada orang lain yang pada mulanya mendapat keuntungan yang besar... tetapi keuntungan tidak bertambah. Mengapa? Kerana dia mula relaks, over confident - sedangkan kita terpaksa bertungkus-lumus akibat kegagalan yang pertama.

Bijak dan baik sungguh aturan Allah. Benarlah kata bijak pandai, kegagalan itu anak tangga kejayaan. Contoh lain, ubat. Ubat itu pahit... kalau kita tidak faham, kita luahkan semula. Pahit, tidak tertelan oleh kita. Tetapi kerana kita faham dan yakin itu ubat, maka kita telan juga walaupun pahit. Hasilnya, kita sihat. Begitulah kita dengan sesuatu yang negatif, akan bertukar jadi positif akhirnya jika kita pandai dan bijak menanganinya. Jadi, dalam hidup kita harus belajar, yang pahit jangan cepat diluahkan, yang pedih jangan segera dirungutkan... Sering ada kejayaan, kemanisan yang lebih indah menanti selepasnya.

Dalam dunia hari ini ada kelompok yang kuat berusaha tetapi longgar ingatannya kepada takdir Allah. Dan ada pula golongan yang seolah-olah kuat kepercayaannya kepada takdir Tuhan hingga melupakan usaha ikhtiar. Kita mesti bebaskan diri daripada dua ektrem itu. Ekstrim pertama, bergantung kepada takdir kurang berusaha. Ini tidak betul kerana Allah ada peraturan-Nya... yang dipanggil sunnahtullah.

Dalam sunnahtullah, sesuatu perkara itu ada sebab dan akibatnya (cause and effect). Untuk lulus kita perlu belajar. Kalau kita tidak belajar, kita tidak akan lulus... kerana sunnahtullah sudah menetapkan begitu. Jadi tidak bolehlah kita hendak berjaya hanya dengan berdoa, solat hajat dan minum air penawar sahaja. Ini  tawakkal tidak berbekal namanya.

Manakala golongan kedua pula kuat berusaha tanpa bergantung kepada takdir. Dia percaya pada usaha ikthiarnya sahaja, lansung tak bergantung kepada kudrat dan iradat  Allah. Ini salah. Kerana, usaha kita itu walau bagaimana hebat sekalipun tidak akan memberi kesan jika Allah tidak mengizinkan-Nya.

Justeru jika dia berjaya, ia akan jadi orang yang sombong, lupa diri kerana disangkanya kejayaan itu dari kepandainya. Manakala kalau dia gagal pula, dia akan kecewa, dia putus asa. Jadi, berjaya pun rosak. Gagal pun rosak. Jadi, buat golongan ini apapun hasil usahanya, kedua-duanya merosakkan!

Sebaik-baiknya kita berusaha sungguh-sungguh dan kemudian bertawakkal – berserah kepada Allah. Kata orang, hujung akal, baru tawakkal. Kalau beginilah sikap kita, bila berjaya kita syukur. Kita tawadduk. Kita tidak sombong.  Sebab kita yakin walaupun kita telah berusaha, tetapi Allahlah yang memberi kejayaan kita.

Sebaliknya, kalau kita gagal pula... kita tidak sakit jiwa. Sebab kita yakin Allah-lah yang menggagalkan kita. Allah tahu kita telah berusaha, jadi bila digagalkan juga... tentu ada hikmah yang tersembunyi. Kembalilah kita kepada ujian hidup seperti yang diperkatakan pada awal tadi... ya kita hamba!

Ada kalangan manusia yang apabila berjaya dia mengatakan, "ini semua hasil usaha saya..." Wah sombongnya. Sebaliknya jika gagal dia mengatakan, "semua ini sudah takdir..." Tidak sayugianya kita berkata demikian. Sebenarnya, apabila kita berjaya, itu takdir Allah. Kalau kita gagal pun itu juga takdir dari Tuhan.

Jika kita katakan, kalau berjaya kerana kita, tetapi bila gagal kerana Tuhan... Itu tidak beradab dengan Allah. Seolah-olah kita lebih bijak daripada Allah.  Dengan kata-kata yang demikian, kita merobek-robekkan sifat kehambaan kita. Bukankah Islam mengajar kita, mengucapkan Alhamdulillah – puji bagi Allah apabila berjaya. Dan mengatakan Innalillah – kita ini milik Allah apabila kita gagal?

Ya, syukur dan sabar inilah pakaian kita. Dengannya, dapat atau tidak dapat, jadi atau tidak jadi, hati tetap sama... kita tetap memiliki dan dimiliki Allah!



                 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BERSYUKUR

Assalamualaikummmm~hye korang semua…so, hari ni kan hari sabtu, apa activity korang semua????ce citeeee…hiihihihi

So, aktiviti aku ari ni…BERJOGGINGG..tp bukan jogging atas katil yee…jogging kt titiwangsa…dulu, aku punye angan2 mmg nak consistent laaa jongging ni…tp HAMPEHHH….ahhahahhaha88…so, disebabkann, hari ni x masuk opis n banyak masa, so kol 7.30 dah g jogging…perghh…memang fresh laaa + sejuk2…hhehehehheh

So, after balik jogginggg, pe lg..rehat kan badan jpp..trus berbloggingg…best gile kt ttwgsa td…sempat lagi join group 1 malaysia wt senamrobikkk…ahahhahah99…+ lagu2 yg melayan kannn….hahhahahh…okelahhh thats all…

So,nk dengar cite x???kalau tak nak dengar pown tak pe…coz, aku tetap akan bercerita…poyoss plakk…hahahahhaha88..whateverr~
Actually semalam, kena sound dengan mak ai….adehhh..menusukk kalbu..mana tak nyee..ter”merungutt “plakk depan mak..adehhh~nasib badann..tp btol jugak cakap mak aku, kita ni hidup memang harus bersyukur dengan apa yang ada kan???...btol tak???pendek kata, kena redha…btol2…

Tapi besalahhh, kita manusia ni memang selalu lupa + alpha….pernah tak korang terpikir nak capai macam-macam benda dalam masa yg singkatt…MESTI pernah kan…so, camtulahh jugakk aku…bak kata orang melayu…GELOJOHH…ahhahahhahah….so, mulai sekarang ni..kena set dalam mind…apa nak jadi, jadilahh…yang pentingg kita semua BERSYUKUR…alhamdulillahh….

*****PAAPPPPPPPP***

(alamakkk apa plakk yang jatuh dalam biilik aku ni)….adehhhh~

Rupa-rupanya fail opiss jatuhh..baru aku teringat semalam bawak balik fail nak ciapkan keje…adehh~mmg lupe 100% ar kalau dh balik umahh…so, pe lagi..bubye semua..jumpa di laen entri..hiihi..

so, CONCLUSION untuk entri kali ni….BERSYUKUR DENGAN APA  YANG ADA n DENGAN APA YG DITENTUKAN…MUNGKIN  SEMUA ITU ADE HIKMAH YANG TERSEMBUNYI>> MENSYUKURI APA YANG KITA PUNYA WALAUPUN HANYA SEDIKIT AKAN LEBIH BAIK DARIPADA BERLIMPAH TAPI TIDAK BERSYUKUR~mudah-mudahan ALLAH menjadikan kita semua sebagai insane yang pandai mensyukuri nikmatNYA….amen =)







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

konvokesyen

Assalamualaikummmmm…hye korang semua…buat apa tu…mmm~rase lamenye tak upate blog..TAPI memang lame pown tak update..almaklumm laa sibuk keje , lepas tu ade konvo plakk…adehhh~semputtt

So, nak jadikan cerita…hari ni aku amek cuti..tiba-tiba rase macam heaven gile duduk rumah..ye laa, ade masa nk tengok TV, baca novel, kemas Umah , Masak (masak ala2 kadar je reti)…..hahhahahha…so, ape lagi…time FREE ni lahh kite update blog kan..kannn!!!walaupun cerita tak laa berapa menarikkk+ saya ni tak reti  nak buat ayat2 sedappp…tpp..LAYANNN jee laaa….hahahhahaha

So, hari ni rase nak update pasal konvo laaa..UUM tetap d hati =)

Mmmm~macam tak percaya jeee, finally I’m a dgree holder!!!fuhhh, susah nak gambarkann perasaan tuu…ade gembira, ade sedihh..and paling tak percya..cepatnye masa tu berlalu..thank ALLAH coz give me this opportunity..i really appreciate…pendek kataa, the memorable expencience throughout my lives is graduation day..i like it…I reallyyyyyy like it…its so much fun to being there..

So, on 3rd June 2011, 1 woke up a happy & excited because you know whattt….its time for graduation ceremony…waaaaaaaaaaaa…so excited….and  at the same time, I just realize that,  no more drama and no more high school…oh nooo!!!!that meant, I need to push my self..to be professional  in my career..mmmmmm~notedddd…..

Today my life begins...
i've been working hard so long 
seems like pay has been my only friend 
my fragile heart's been done so wrong 
i wondered if i'd ever heal again 

ohh just like all the seasons never stay the same 
all around me i can feel a change (ohh) 

i will break these chains that bind me, happiness will find me 
leave the past behind me, today my life begins 
a whole new world is waiting it's mine for the takin 
i know i can make it, today my life begins 

yesterday has come and gone 

leave the past behind me, today my life begins 
a whole new world is waiting it's mine for the takin 
i know i can make it, today my life begins 

life's to short to have regrets 
so i'm learning now to leave it in the past and try to forget 
only have one life to live 
so you better make the best of it 



This shoes belongs to me..yeayyyy33….



So, I guess this is the time I have to say goodbuy to UUM, I have learned a lot from you, you have made me who I am today. We will definitely see you again someday. Thank you for giving the chance to studying here…thank for memories.. I love UUM..so,no more tears…life is a beautiful….hihiihihih…

Penat jugak speaking ni..ahhahahahahh~okk laaa, berbalik dalam bhasa melayu laaa…speaking pown  broken, ade hati nak caakap panjang-panjang..ahhahahahhah~so, around pukul 8 all candidates semua berkumpul dalam dewan TSO…then, dalam pukul 9 if tak silap laa, perarakan masuk dewan MAS  (convocation ceremony) bermula…first skali langkah kaki masuk dewan, ade 1 perasaan aneh…seram sejukk…macam tak percaya, tengok ramainye orang…family semua dari pelusuk negeri + lecturer2…aduhhh~sedihh kembali bertandang…FOCUS-FOCUS….ihihiihihih

Then, bila majlis dimulakan..alhamdulillah..tunggu punye tunggu..finally, name aku di Umumkann…WAN AMEERAH BINTI MEGAT SAMSUDIN…sangat bangga…and terima kasih kepada family, lect and kawan-kawan yg membantu…
 jom layan gambar  plakk ar, asyik membebel je dari tadi..hahhahahha


sempat jugakk la bergambar dengan lecturer..tu pown ktorg semua stay 1 hari lebih...nk jadikan cerita...dah laaa kena pegi jumpa HEA...lepas tu baru teringat...bju kurung ade 1 je...so, yang ada pown yang pkai time konvo semalam...ape lagi, malam tu balek hotel basuh dengan shukubutsu..hahahahhah~sebaik ade sabunn...hahahhaha...jeng3



with k.zu and prof soffian
 
  
                                 
with k.zu and puan rohana, puan noraza n alamkk, terlupe plakk nama sorang lect lg ni...hahahhaha..kuang asamm kann...bru habis blaja...tros lupe...hahahah88..actually, lect yg sebelah aku tu kwn baek puan noraza (tdg choclate)...puan tu tak pernah ajar pown, cuma ktorg baik je..tpp.tulahh..nama plakk lupee..soryy puan..jehehehehhe

 
                                                    yeay2....dapat bunga dari lecturer..comel2












eh2, banyak plak posingg....hahahhaha88



























































alamakkk~banyak plakk gambar...layan je laaa...sorry laaa klu ade org muak tengok gambar poyosss dari ktorg semua....hahahahhahaha....

last but not least

All old friends are going away
I don’t have words, what to say
Feeling the emotions of the day
Keep in mind the moments
Which passes away
Time not permit any delay
We have to leave friends anyway
Nothing to study, nothing to play
The professional life in our way
True friends can always pray
To meet each other in busy days
All old friends are going away
I don’t have words, what to say



~bubyee~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS