NEW JOB..alhamdulillah =)

Assalamualaikum semua…aduhh~lamanya tak update blog..rindu nak menuliss walaupun tak reti sangat nak menuliss…sekurang-kurangnya boleh menghilangkan rasa boring….
so, alhmdulillah perjalananku sudah bermula…aku ditempatkan di opis baru..kini aku bergelar seorang auditor di salah sebuah bank yang terkemuka….tapi bukan laa famous sangat bank aku ni…cukuplah ala kadar bank sahaja…hahhahahahhahah
fuhh~macam tak percaya, pejam celik  pejam celik, rupanya aku setahun lebih aku bergelar external audit (+ intern)hihihihi….pengalaman tak dapat aku lupakan…seronoknya bergelar external auditor..TAPI, mungkin jodoh aku di KHR tak panjang….sesekali sedihh laa plak bile aku teringat kawan kawan aku yang banyak membantu aku dalam mengenal erti dunia audit….walaupun aku dah tidak bekerja di KHR…tp, memori tetap terpahat kerana di KHR laaa aku belajar semuanya tentang audit…I miss u a lottt guysss.
Walaupun aku sedih meninggalkan KHR, tp aku harus melangkah..kadang-kadang aku terpikir juga, betul ke decision yang aku buat ni????setelah habis fikir..aku NEKAD..mungkin ini rezeki aku untuk berada di tempat lain..maka, aku terima seadanya…alhamdulillah..aku merasa puas….
Tanggal 5 March 2012, aku kini bergelar seorang INTERNAL AUDITOR…tak dapat dinafikan laa perasaan takut, gementar, nervous..semua adalah…almaklumlah internal and external ni adalah benda yang berbeza…tak xpe..Take it as challenge..iihihihihi
So, first job yang aku kena buat, aku diarahkan ke SABAH selame sebulan untuk mengaudit company aku…perghh~terkezuttt gue…mana tak, sebulann woooo duduk sabah…alhamdulillah, aku duduk sabah sampai 7/4…. 1 persatu matlamat hidup ku tercapai…walaupun aku pernah mengidamkan untuk mengambil ACCA dalam masa terdekat…tapi, aku terpakse reschedule balik semua perjalananku..tapi mungkin betol cakap mak aku..xpelaaa, cari dulu pengalaman..kalau dah rasa kukuh nnti, amik laa ACCA…..walaupun ada kalanya aku terfirr, umur berapa baru aku nak sambung belajar kan????tapi itu semua takk MUSTAHIL…
Sekarang aku sudah berada di sabahhhh~yahoooooo…besoonya bilikk…Alhamdulillah..pastu pagi-pagi tengokk lautt..DAMAINYA hati…paling aku suka, dah la hotel aku ni dpan offshore, ramai laa mamat-mamat engineer yang encem tak terkata…oushhh~hahahahha..meltsss..gurau je…tak de kaitan…aku kalau boleh nak jadi macam FARAH LEE…(bercinta selepas khwen)..ahhahahha, angan-angan tak bole blaa kann….wkakkakaka…adehh, bila bercakap tentang JODOH ni aku surrender laa, malas nak fikir and malas nak carii..bole ke macam tuuu???mmmm~biarlahhh..aku berharap bertemu dengan seorang SUAMI yang dapat membentukku, menjagaku and memahami ku..wekk2..geli laa plakk…ahahhahahha
Fuhh~dah dekat nak magrib rupanya…adehh~nak berciap-ciap pegi makan laa…so, kite berjumpa di entri seterusnya….bubyee~




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Suratan atau kebetulan???

Suratan atau kebetulan..
aku di persimpangan,
antara kiri dan kanan,
antara kasih dan sayang.

Aku harus memilih,
kerna kakiku ini perlu melangkah,
meski sesekali sumbang jua langkahku,
meski suatu ketika aku kan terjatuh,
menahan kesakitan yang mengundang airmata.

Namun aku pasrah...
lebih rela merasa pedihnya terjatuh,
dari aku terus bingung dipersimpangan,
dari aku terus termangu tanpa jawapan.

Sabarlah duhai hati,
bangkitlah wahai diri,
suratan atau kebetulan??
Pilihan tetap di genggaman...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

REZEKI VS TIDUR SELEPAS SUBUH

aS sALaM....sedar tak sedar, dah masuk 2012..macam tak percaya je..yelahh....banyak lagi impian yang tak tercapai, banyak jugak ibadah yang harus ditingkatkan...So, korang semua ada AZAM baruu tak???jOMM....

so, ape kata kita semua tanamkan azam baru ni, tak nak tido selepas SUBUHHH...hihihihi..bolee ke x???MESTI BOLE PUNYEE....jomm, baca 1artikel berkaitan rezeki tido selepass subuhh...sharing is caring....=)






Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (HR Al-Baihaqi)

"SAYANG, JANGAN TIDUR LEPAS SUBOH"
Oleh: Nur Na'imah Amarudin

Kepada sahabat-sahabat yang disayangi mari kita muhasabah diri. Di sebalik diri kita ini, ada sifat pemalas yang perlu diubah. Jika kita tidak ubah tabiat pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar.

Jika tidak sekarang, bila lagi bukan?Takkan mahu tunggu usia sudah senja baru kita terhegeh-hegeh mengubah diri. Ketika itu, tabiat pemalas kita sudah sebati dengan diri dan amat degil untuk disental segala kekotorannya yang sudah lama melekat dan merosakkan hati kita.

Cuba cek diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian:

1. Bangun subuh lewat
2. Tidur selepas subuh
3. Melewatkan waktu subuh
4. Ala kadar je bangun subuh
5. Tak bangun pun solat subuh

Sahabat-sahabat, masih ingat lagikah? Di waktu zaman berhingus dulu? Ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Islam selalu bertanya di dalam kelas,

“Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri”

Tanpa segan silu, secara berjemaahnya kita pun bangun sahabat. Dan bila ditanya, rata-rata yang tak cukup solat 5 waktu, adalah kerana tidak bangun subuh. Kenapa ya sahabat?

Dan kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini? Diberi penekanan betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke”subuh”an dengan cara tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.

“Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti”

“Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun”

JIKA MAHU BERMUHASABAH
Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.” Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.



Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar: “Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”.

Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat?

Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat? Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?

Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak “kulit bercahaya”. Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah “ubat kuat” yang dipakainya.

Kita nak ke isteri macam ini? Nak ke suami yang sebegini? Masing-masing menggeleng tersengih sendirian. Jika kita tak nak pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena berubah. Bukan nanti, tetapi sekarang.

MASA UNTUK BERUBAH

Maka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada PERUBAHAN.

Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Jangan tidur terlalu lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh.

Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar. Gunakan masa sebaiknya.

Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.

“Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).”
(62:10)

Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya. Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar. Mak mertua pun tak bising lagi.

Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut.

Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini “kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi ‘gila’.” Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.

Ibnul Qayyim pernah berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”

Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula.

Antara AKAL dan NAFSU. Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia bersandarkan IMAN. Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak menggunakan akal dengan betul. Pembaziran masa adalah perkara yang sangat merugikan. Dan hanya syaitan yang suka pembaziran. Masa itu ibadah. Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut perintah-Nya.

Sedang Nabi SAW melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (HR Al-Baihaqi)


Wallahu’alam~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hati tetap sama

 assalamualaikumm..hye korang semua..tengah buat apa tu..oklah, malas nak karang panjang-panjang..straight to  the point...jom layan artikel ni...hheheh666~


Kadangkala kita mengidamkan sesuatu berlaku, tetapi yang lain pula yang terjadi. Sebaliknya, ada yang kita tidak inginkan sama sekali, tetapi itu pula yang berlaku. Apabila berlaku demikian hati kita pasti terusik. Sesal, kesal, marah dan kekadang sangat kecewa.  Jadi bagaimana kita harus menghadapi situasi sedemikian dengan sebaik-baiknya?

Pertama, kita perlu faham bahawa hidup ini ada peraturannya. Salah satu peraturannya ialah apa yang kita hendak tidak semuanya akan dapat dicapai. Inilah 'rules of life" – sunnahtullah. Siapa yang tidak mahu menerima hakikat ini... maka tidak layaklah dia hidup. Misalnya, kalau kita main bola, kena gunakan kaki. Tidak boleh gunakan tangan. Siapa yang hendak gunakan tangan juga, maka dia tidak layak bermain bola.

Begitulah juga dengan hidup ini. Hidup ini satu ujian. Tidak semua yang kita idamkan dapat dikecapi. Yang kaya, kadangkala tidak sihat. Yang ternama, dimusuhi orang. Yang sihat, terputus pula kasih-sayang. Inilah buktinya kita masih dan terus kekal sebagai hamba Allah. Hamba dicorakkan oleh Tuhan-nya. Justeru, kita tidak boleh memberontak, kenapa jadi begini? Kenapa gagal?

Jika itulah yang selalu bermain-main di dalam fikiran, itu petanda tidak puas hati. Suara berontak jiwa terhadap ketentuan Allah. Sedarlah bahawa kita hamba maka buatlah kerja kita sebagai hamba. Tuhan dengan ketentuan-Nya. Jadi, apabila diuji... katalah aku ini hamba Allah. Layaklah aku diperlakukan seperti hamba... Terusik hati itu biasalah, kita lemah. Merintih juga hati di dalam. Tetapi jangan sampai marah-marah, putus asa dan kecewa.

Apa yang Allah tentukan kadangkala kelihatan negatif pada kita, tetapi lama kelamaan kelihatan positif pula... Itulah yang dikatakan tadi, apa yang kita sangka buruk kadangkala baik untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Katalah, kita ingin berjaya, tiba-tiba gagal. Bukan tidak berusaha... Kita sudahpun berusaha, tapi gagal juga. Apa perlu dibuat lagi?

Sebaiknya kita terima kegagalan itu, kita kaji sebabnya, kemudian kita berusaha lagi. Rupanya dengan sebab itu, Allah beri kita kejayaan yang lebih besar lagi. Contohnya, dalam perniagaan. Kita ingin keuntungan besar, tetapi yang kita dapat hanya sedikit....

Namun, kerana kegagalan itu kita berusaha lebih gigih... akhirnya beberapa tahun kemudian keuntungan kita meningkat. Sedangkan ada orang lain yang pada mulanya mendapat keuntungan yang besar... tetapi keuntungan tidak bertambah. Mengapa? Kerana dia mula relaks, over confident - sedangkan kita terpaksa bertungkus-lumus akibat kegagalan yang pertama.

Bijak dan baik sungguh aturan Allah. Benarlah kata bijak pandai, kegagalan itu anak tangga kejayaan. Contoh lain, ubat. Ubat itu pahit... kalau kita tidak faham, kita luahkan semula. Pahit, tidak tertelan oleh kita. Tetapi kerana kita faham dan yakin itu ubat, maka kita telan juga walaupun pahit. Hasilnya, kita sihat. Begitulah kita dengan sesuatu yang negatif, akan bertukar jadi positif akhirnya jika kita pandai dan bijak menanganinya. Jadi, dalam hidup kita harus belajar, yang pahit jangan cepat diluahkan, yang pedih jangan segera dirungutkan... Sering ada kejayaan, kemanisan yang lebih indah menanti selepasnya.

Dalam dunia hari ini ada kelompok yang kuat berusaha tetapi longgar ingatannya kepada takdir Allah. Dan ada pula golongan yang seolah-olah kuat kepercayaannya kepada takdir Tuhan hingga melupakan usaha ikhtiar. Kita mesti bebaskan diri daripada dua ektrem itu. Ekstrim pertama, bergantung kepada takdir kurang berusaha. Ini tidak betul kerana Allah ada peraturan-Nya... yang dipanggil sunnahtullah.

Dalam sunnahtullah, sesuatu perkara itu ada sebab dan akibatnya (cause and effect). Untuk lulus kita perlu belajar. Kalau kita tidak belajar, kita tidak akan lulus... kerana sunnahtullah sudah menetapkan begitu. Jadi tidak bolehlah kita hendak berjaya hanya dengan berdoa, solat hajat dan minum air penawar sahaja. Ini  tawakkal tidak berbekal namanya.

Manakala golongan kedua pula kuat berusaha tanpa bergantung kepada takdir. Dia percaya pada usaha ikthiarnya sahaja, lansung tak bergantung kepada kudrat dan iradat  Allah. Ini salah. Kerana, usaha kita itu walau bagaimana hebat sekalipun tidak akan memberi kesan jika Allah tidak mengizinkan-Nya.

Justeru jika dia berjaya, ia akan jadi orang yang sombong, lupa diri kerana disangkanya kejayaan itu dari kepandainya. Manakala kalau dia gagal pula, dia akan kecewa, dia putus asa. Jadi, berjaya pun rosak. Gagal pun rosak. Jadi, buat golongan ini apapun hasil usahanya, kedua-duanya merosakkan!

Sebaik-baiknya kita berusaha sungguh-sungguh dan kemudian bertawakkal – berserah kepada Allah. Kata orang, hujung akal, baru tawakkal. Kalau beginilah sikap kita, bila berjaya kita syukur. Kita tawadduk. Kita tidak sombong.  Sebab kita yakin walaupun kita telah berusaha, tetapi Allahlah yang memberi kejayaan kita.

Sebaliknya, kalau kita gagal pula... kita tidak sakit jiwa. Sebab kita yakin Allah-lah yang menggagalkan kita. Allah tahu kita telah berusaha, jadi bila digagalkan juga... tentu ada hikmah yang tersembunyi. Kembalilah kita kepada ujian hidup seperti yang diperkatakan pada awal tadi... ya kita hamba!

Ada kalangan manusia yang apabila berjaya dia mengatakan, "ini semua hasil usaha saya..." Wah sombongnya. Sebaliknya jika gagal dia mengatakan, "semua ini sudah takdir..." Tidak sayugianya kita berkata demikian. Sebenarnya, apabila kita berjaya, itu takdir Allah. Kalau kita gagal pun itu juga takdir dari Tuhan.

Jika kita katakan, kalau berjaya kerana kita, tetapi bila gagal kerana Tuhan... Itu tidak beradab dengan Allah. Seolah-olah kita lebih bijak daripada Allah.  Dengan kata-kata yang demikian, kita merobek-robekkan sifat kehambaan kita. Bukankah Islam mengajar kita, mengucapkan Alhamdulillah – puji bagi Allah apabila berjaya. Dan mengatakan Innalillah – kita ini milik Allah apabila kita gagal?

Ya, syukur dan sabar inilah pakaian kita. Dengannya, dapat atau tidak dapat, jadi atau tidak jadi, hati tetap sama... kita tetap memiliki dan dimiliki Allah!



                 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BERSYUKUR

Assalamualaikummmm~hye korang semua…so, hari ni kan hari sabtu, apa activity korang semua????ce citeeee…hiihihihi

So, aktiviti aku ari ni…BERJOGGINGG..tp bukan jogging atas katil yee…jogging kt titiwangsa…dulu, aku punye angan2 mmg nak consistent laaa jongging ni…tp HAMPEHHH….ahhahahhaha88…so, disebabkann, hari ni x masuk opis n banyak masa, so kol 7.30 dah g jogging…perghh…memang fresh laaa + sejuk2…hhehehehheh

So, after balik jogginggg, pe lg..rehat kan badan jpp..trus berbloggingg…best gile kt ttwgsa td…sempat lagi join group 1 malaysia wt senamrobikkk…ahahhahah99…+ lagu2 yg melayan kannn….hahhahahh…okelahhh thats all…

So,nk dengar cite x???kalau tak nak dengar pown tak pe…coz, aku tetap akan bercerita…poyoss plakk…hahahahhaha88..whateverr~
Actually semalam, kena sound dengan mak ai….adehhh..menusukk kalbu..mana tak nyee..ter”merungutt “plakk depan mak..adehhh~nasib badann..tp btol jugak cakap mak aku, kita ni hidup memang harus bersyukur dengan apa yang ada kan???...btol tak???pendek kata, kena redha…btol2…

Tapi besalahhh, kita manusia ni memang selalu lupa + alpha….pernah tak korang terpikir nak capai macam-macam benda dalam masa yg singkatt…MESTI pernah kan…so, camtulahh jugakk aku…bak kata orang melayu…GELOJOHH…ahhahahhahah….so, mulai sekarang ni..kena set dalam mind…apa nak jadi, jadilahh…yang pentingg kita semua BERSYUKUR…alhamdulillahh….

*****PAAPPPPPPPP***

(alamakkk apa plakk yang jatuh dalam biilik aku ni)….adehhhh~

Rupa-rupanya fail opiss jatuhh..baru aku teringat semalam bawak balik fail nak ciapkan keje…adehh~mmg lupe 100% ar kalau dh balik umahh…so, pe lagi..bubye semua..jumpa di laen entri..hiihi..

so, CONCLUSION untuk entri kali ni….BERSYUKUR DENGAN APA  YANG ADA n DENGAN APA YG DITENTUKAN…MUNGKIN  SEMUA ITU ADE HIKMAH YANG TERSEMBUNYI>> MENSYUKURI APA YANG KITA PUNYA WALAUPUN HANYA SEDIKIT AKAN LEBIH BAIK DARIPADA BERLIMPAH TAPI TIDAK BERSYUKUR~mudah-mudahan ALLAH menjadikan kita semua sebagai insane yang pandai mensyukuri nikmatNYA….amen =)







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

konvokesyen

Assalamualaikummmmm…hye korang semua…buat apa tu…mmm~rase lamenye tak upate blog..TAPI memang lame pown tak update..almaklumm laa sibuk keje , lepas tu ade konvo plakk…adehhh~semputtt

So, nak jadikan cerita…hari ni aku amek cuti..tiba-tiba rase macam heaven gile duduk rumah..ye laa, ade masa nk tengok TV, baca novel, kemas Umah , Masak (masak ala2 kadar je reti)…..hahhahahha…so, ape lagi…time FREE ni lahh kite update blog kan..kannn!!!walaupun cerita tak laa berapa menarikkk+ saya ni tak reti  nak buat ayat2 sedappp…tpp..LAYANNN jee laaa….hahahhahaha

So, hari ni rase nak update pasal konvo laaa..UUM tetap d hati =)

Mmmm~macam tak percaya jeee, finally I’m a dgree holder!!!fuhhh, susah nak gambarkann perasaan tuu…ade gembira, ade sedihh..and paling tak percya..cepatnye masa tu berlalu..thank ALLAH coz give me this opportunity..i really appreciate…pendek kataa, the memorable expencience throughout my lives is graduation day..i like it…I reallyyyyyy like it…its so much fun to being there..

So, on 3rd June 2011, 1 woke up a happy & excited because you know whattt….its time for graduation ceremony…waaaaaaaaaaaa…so excited….and  at the same time, I just realize that,  no more drama and no more high school…oh nooo!!!!that meant, I need to push my self..to be professional  in my career..mmmmmm~notedddd…..

Today my life begins...
i've been working hard so long 
seems like pay has been my only friend 
my fragile heart's been done so wrong 
i wondered if i'd ever heal again 

ohh just like all the seasons never stay the same 
all around me i can feel a change (ohh) 

i will break these chains that bind me, happiness will find me 
leave the past behind me, today my life begins 
a whole new world is waiting it's mine for the takin 
i know i can make it, today my life begins 

yesterday has come and gone 

leave the past behind me, today my life begins 
a whole new world is waiting it's mine for the takin 
i know i can make it, today my life begins 

life's to short to have regrets 
so i'm learning now to leave it in the past and try to forget 
only have one life to live 
so you better make the best of it 



This shoes belongs to me..yeayyyy33….



So, I guess this is the time I have to say goodbuy to UUM, I have learned a lot from you, you have made me who I am today. We will definitely see you again someday. Thank you for giving the chance to studying here…thank for memories.. I love UUM..so,no more tears…life is a beautiful….hihiihihih…

Penat jugak speaking ni..ahhahahahahh~okk laaa, berbalik dalam bhasa melayu laaa…speaking pown  broken, ade hati nak caakap panjang-panjang..ahhahahahhah~so, around pukul 8 all candidates semua berkumpul dalam dewan TSO…then, dalam pukul 9 if tak silap laa, perarakan masuk dewan MAS  (convocation ceremony) bermula…first skali langkah kaki masuk dewan, ade 1 perasaan aneh…seram sejukk…macam tak percaya, tengok ramainye orang…family semua dari pelusuk negeri + lecturer2…aduhhh~sedihh kembali bertandang…FOCUS-FOCUS….ihihiihihih

Then, bila majlis dimulakan..alhamdulillah..tunggu punye tunggu..finally, name aku di Umumkann…WAN AMEERAH BINTI MEGAT SAMSUDIN…sangat bangga…and terima kasih kepada family, lect and kawan-kawan yg membantu…
 jom layan gambar  plakk ar, asyik membebel je dari tadi..hahhahahha


sempat jugakk la bergambar dengan lecturer..tu pown ktorg semua stay 1 hari lebih...nk jadikan cerita...dah laaa kena pegi jumpa HEA...lepas tu baru teringat...bju kurung ade 1 je...so, yang ada pown yang pkai time konvo semalam...ape lagi, malam tu balek hotel basuh dengan shukubutsu..hahahahhah~sebaik ade sabunn...hahahhaha...jeng3



with k.zu and prof soffian
 
  
                                 
with k.zu and puan rohana, puan noraza n alamkk, terlupe plakk nama sorang lect lg ni...hahahhaha..kuang asamm kann...bru habis blaja...tros lupe...hahahah88..actually, lect yg sebelah aku tu kwn baek puan noraza (tdg choclate)...puan tu tak pernah ajar pown, cuma ktorg baik je..tpp.tulahh..nama plakk lupee..soryy puan..jehehehehhe

 
                                                    yeay2....dapat bunga dari lecturer..comel2












eh2, banyak plak posingg....hahahhaha88



























































alamakkk~banyak plakk gambar...layan je laaa...sorry laaa klu ade org muak tengok gambar poyosss dari ktorg semua....hahahahhahaha....

last but not least

All old friends are going away
I don’t have words, what to say
Feeling the emotions of the day
Keep in mind the moments
Which passes away
Time not permit any delay
We have to leave friends anyway
Nothing to study, nothing to play
The professional life in our way
True friends can always pray
To meet each other in busy days
All old friends are going away
I don’t have words, what to say



~bubyee~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS